MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TERIMA KUNJUNGAN PRESIDEN INTERNATIONAL ASSOCIATION FOR INNOVATION MANAGEMENT

KUALA LUMPUR 24 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan daripada Prof. Dr Ahmad Rahman Songip, President International Association for Innovation Managment. Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM. Turut bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM.

Kunjungan tersebut membincangkan ruang latihan peningkatan kapasiti belia di Malaysia dan antarabangsa berdasarkan modul yang digubal daripada buku beliau “break the pattern”. Kandungan buku ini membicarakan perihal mencipta naratif baharu terhadap cara fikir yang dapat membentuk cara kerja dan hasil yang optimum.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »