KUALA LUMPUR 1 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan mesra daripada Majlis Belia Daerah (MBD) Batang Padang, Perak bertempat di Wisma MBM.
Menyambut kehadiran kunjungan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Rombongan ini diketuai oleh Sdr. Malik Sham, Pengerusi MBD Batang Padang bersama ahli jawatankuasanya.
Dalam pertemuan ini, MBM turut mendengar dan bertukar pandangan mengenai gerakkan belia di peringkat akar umbi bersama MBD Batang Padang. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai isu semasa belia seperti pendidikan dan pekerjaan.