MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima kunjungan PESEPSI

KUALA LUMPUR 20 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Persatuan Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membincangkan kerjasama dalam menjayakan program Simposium Belia SDG 2022.

Menurut Sdr. Syahmi yang mengetuai kunjungan ini, pihak PESEPSI berhasrat untuk menjemput wakil daripada MBM sebagai ahli panel bagi menerangkan kepada peserta mengenai sejarah kesinambungan gerakan belia di Malaysia dalam mempengaruhi kualiti pendidikan yang holistik.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid menyambut baik hasrat ini dengan melihat ini sebagai ruang untuk MBM mendekati golongan mahasiswa.

Hadir sama dalam perjumpaan ini Naib Presiden MBM, Sdr. Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »