Wisma MBM| 20 Jun- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjung hormat daripada Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Kunjung hormat tersebut telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM bersama Sdr. Faiz Suhaimi Exco MBM. Hadir dalam kunjung hormat tersebut adalah Presiden MVM Encik Mohd Fauzan Abdul Sukor dan pegawai MVM.
Kunjung hormat tersebut telah diadakan bagi membincangkan ruang kerjasama yang berterusan hasil daripada kolaborasi program sebelum ini iaitu Program Khidmat Mobilisasi Relawan MBM.