Kuala Lumpur | 28 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Labuan (MBL) dan Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Nazri Jamal selaku Pengerusi KEBAL.
Kunjungan diadakan di Wisma MBM yang disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.
Dalam kunjungan tersebut, MBM telah berkongsi mengenai struktur organisasi dan aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya program sukarelawan dan pelbagai lagi.