Kuala Lumpur | 21 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh Sdri. Ellen Lu, Presiden JCI Malaysia bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia.
Kunjungan telah disambut oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.MBM telah mendengar pembentangan mengenai perancangan dan gerak kerja yang dilaksanakan oleh JCI Malaysia.
Selain itu, usaha melahirkan kepimpinan belia yang berkualiti juga turut dibincangkan dalam memastikan agenda pembangunan belia dapat dilaksanakan secara berkesan.