Kuala Lumpur | 5 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dalam usaha merangka kerjasama strategik antara NGO dan Institusi Penyelidikan.
MBM berpandangan halatuju berteraskan ‘Data Driven’, ‘Evidence Based’ dan ‘Research supported’ harus menjadi pendekataan baharu dalam gerak kerja MBM kehadapan.
Justeru, Presiden MBM merintis usahasama dengan tenaga pakar termasuk ahli akademik untuk diadakan program dan kajian terhadap isu serta pembangunan belia di Malaysia.
Dalam masa yang sama, Sdr. Izzat Afifi turut menyatakan agenda ESG seperti perubahan iklim, akan menjadi fokus dan harus diangkat bersama agar MBM akan kekal relevan.
Turut sama dalam perbincangan tersebut, adalah Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil.
Delegasi IPSAS yang mengiringi Prof. Dr. Haslinda adalah Dr. Aini Azeqa Ma’rof dan En Zaifunizam Ariffin.





