MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima kunjungan hormat dari NIPSSN

KUALA LUMPUR 6 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada National Institute for Policy and Strategic Studies of Nigeria (NIPSSN) yang diketuai oleh Profesor Ayo Omotayo, Director General.

Kunjungan disambut oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez dan Exco MBM Sdr. Mohd Ismail Mahyudin bertempat di Wisma MBM.

MBM telah berkongsi berkenaan struktur belia di Malaysia, aktiviti dan penglibatan MBM secara keseluruhan dalam pembangunan belia dan negara. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai kolaborasi antara dua negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »