MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima kunjungan delegasi dari Cambodia Muslim Youth Alliance

PUTRAJAYA 17 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan delegasi dari Cambodia Muslim Youth Alliance (CMYA) bertempat di Menara KBS di sini.

Kunjungan CMYA diketuai Mr. Nasiet Othsman, Presiden CMYA.

CMYA ditubuhkan pada 2014 dengan 13,000 ahli bertujuan menyatukan komuniti Islam yang merupakan minoriti di Kemboja.

Delegasi CMYA terdiri daripada ahli Parlimen; Timbalan Menteri, Timbalan Datuk Bandar.

Presiden MBM dalam ucapannya berharap pertemuan ini boleh dikembangkan bukan dalam konteks sejarah semata-mata tetapi juga dari segi ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Delegasi diberi taklimat ringkas mengenai MBM oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Hadir sama Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; pumpinan Exco dan Dewan Tertinggi MBM dan Encik Naseer Penolong Setiausaha Agung Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »