SERDANG 6 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Majlis Tertinggi SKUAD Antidadah Kebangsaan bertempat di Youth Arena, IPSAS-Institute for Social Science Studies, UPM, Serdang.
Delegasi Skuad AntiDadah Kebangsaan diketuai Presidennya, Encik Mohamad Afiq Mohd Hanipha dan disambut Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.
Pertemuan ini bagi membincangkan senario penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan program kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama demi kesejahteraan negara.
Turut sama Pengarah IPSAS UPM Prof Dr. Haslinda Abdullah, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Eow Shiang Yen.










