MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan BSMM

Kuala Lumpur | 12 Ogos -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang diketuai oleh Cik Michelle Chew, Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan BSMM.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

Antara perkara dibincangkan adalah mengenai ruang kerjasama antara BSMM dan MBM serta badan gabungan. Selain itu, turut dibentangkan adalah mengenai struktur organisasi.

Majlis Belia Kebangsaan BSMM telah ditubuhkan pada tahun 2021 dan berperanan untuk memperkasakan belia dalam segala aktivitinya serta membangunkan rangkaian belia dengan rakan kongsi dalam negara dan antarabangsa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »