Kuala Lumpur | 7 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Belia Antarabangsa telah menerima kunjungan daripada Maharishi Group of Schools dalam Program Pertukaran Belia India-Malaysia dan Program Pengajian Mengenai Pemahaman Global Untuk Pembangunan Mampan. Kunjungan berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.
Dalam program tersebut, MBM telah berkongsi mengenai gerak kerja dan latar belakang MBM yang disampaikan oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.
Turut sama dalam perkongsian tersebut Encik Pathma Seelan a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah, Pusat Belia Antarabangsa.