MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima kunjungan Architects of Diversity (AOD)

KUALA LUMPUR 2 April – Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Architects of Diversity (AOD) yang diketuai Sdr. Jason Wee di Wisma MBM bagi membincangkan beberapa rangka kerjasama rapat.

Dalam perbincangan selama sejam itu, banyak perkara yang dibangkitkan khususnya dalam aspek perpaduan belia secara keseluruhan.

Projek seperti Sekolah Diversiti, Sekolah Muhibah, Sekolah Politik antara perkara yang menjadi intipati perbincangan untuk direjuvenasi dan dirikalibrasi bersama-sama.

Beberapa program seperti perbincangan meja bulat turut dirancang secara bersama untuk membincangkan Isu berkepentingan di dalam aspek perpaduan dan pendidikan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »