MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TAWAR KERJASAMA JAYAKAN AGENDA LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menawarkan kerjasama strategik kepada Financial Education Network (FEN) dalam membantu melaksanakan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan yang dirasmikan baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Sasana Kijang, Bank Negara.

Usaha ini perlu dipuji kerana melalui pembentukan FEN, usaha bagi meningkatkan kecelikan kewangan terutamanya bagi anak muda dapat dilakukan dengan lebih strategik melalui “çentralisation of effort”.

Kadar kecelikan kewangan rakyat Malaysia berada di paras yang membimbangkan di mana 1 dari 3 rakyat Malaysia telah menyatakan bahawa mereka mempunyai ilmu kewangan yang rendah. Ini juga dapat dilihat apabila kadar hutang isu rumah rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia.

MBM sentiasa prihatin isu berkaitan belia dan kewangan dan sentiasa komited menjayakan pendidikan literasi kewangan di kalangan belia seperti yang sedang digerakkan MBM secara bersama dengan Malaysia Financial Planning Council (MFPC) melalui Bengkel Pengurusan Kewangan di seluruh Negara.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 26 Julai 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »