KUALA LUMPUR 25 April 2012– Majlis Belia Malaysia (MBM) menaja sebanyak 5.000 naskah akhbar Utusan Malaysia bersempena dengan Pameran Industri Sukan Negara (MSIE) pada 4 Mei ini.
Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, akhbar itu akan diedarkan secara percuma kepada para pengungjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012di Pusat Dagangan Dunia Putra, 30 April ini.
“Edaran awal sebelum beberapa hari MSIE bermula adalah bertujuan menghebahkan kepada orang ramai berhubung program itu.
“Utusan Malaysia dipilih memandangkan ia merupakan akhbar arus perdana yang memaparkan sikap nasionalisme dalam kalangan para belia di Negara.” Katanya kepada majlis penyerahan replica tajaan di Wisma MBM, Bandar Tun Razak, di sini semalam.
Pada majlis itu, Utusan Melayu (M) Bhd. diwakili Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Tengah 2, Ahmad Faizi Amzah dan Eksekutif Jualan, Mohd Irwan Abd. Ghani.
Menurut Mohamed Maliki, MSIE yang dianjurkan pihaknya bertujuan menghimpunkan mereka yang terlibat dalam industri sukan termasuk para atlet dan syarikat penganjur. Katanya, pameran selama tiga hari itu juga diharap dapat mewujudkan pelbagaijaringan perniagaan dan membantu menambah pendapatan Negara menerusi industry sukan.
“Antara aktiviti MSIE adalah pertunjukan aksi-aksi sukan , persembahan artis dan himpunan jaguh sukan Negara.
“Syarikat luar Negara, Paramount Pictures akan menunjukkan replica robot dalam filem transformers yang bakal menjadi faktor utama tarikan pengungjung ke MSIE,” katanya.