KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Majlis Belia Malaysia (MBM) mengesyorkan penubuhan segera satu jawatankuasa siasatan bebas untuk menjalankan siasatan terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Presidennya Jufitri Joha dalam satu kenyataan hari ini berkata jawatankuasa tersebut bagi menangani persepsi awam yang tidak terkawal terhadap integriti dan imej SPRM serta memberikan keadilan kepada Azam, memandangkan isu itu melibatkan kepentingan awam dan imej negara.
“Jawatankuasa tersebut juga mampu menangani tuduhan bahawa isu itu merupakan usaha terancang pembunuhan karakter Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya. — BERNAMA
Artikel penuh :