KUALA LUMPUR 17 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Wisma MBM.
Pertemuan dihadiri Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun ini bagi membincangkan kerjasama program advokasi pencegahan rasuah dalam kalangan belia. In sha Allah, nantikan program ini bersama SPRM dan badan-badan gabungan MBM.