MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sokong Pelaksanaan Pelan Generational End Game (GEG) 2040 Negara

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan cadangan pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) dimana larangan sepenuhnya dalam aktiviti dan industri tembakau kepada generasi yang lahir tahun 2005 ke atas.

MBM berpendapat usaha ini satu langkah kehadapan dilaksanakan pihak KKM dalam melindungi secara tuntas aktiviti tembakau dan nikotin kepada generasi muda. Generasi muda atau dalam terma lain disebut ‘Generasi Penamat’ ini perlu dilindungi daripada perangkap ketagihan tembakau dan nikotin kerana gejala ini berpotensi membuka pintu kepada gejala buruk lain. Atau dengan bahasa mudahnya, dari menghisap rokok dan vape, seseorang itu akan beralih selera kepada sesuatu yang lebih merosakkan.

Walaupun terdapat banyak undang-undang berkaitan antirokok yang diperkenalkan oleh KKM sejak 2004, bilangan perokok semakin meningkat, iaitu 4.8 juta pada 2021, berbanding 4.7 juta pada 2011 seperti dilapor oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019. Sukar bagi KKM menyelesaikan isu ketagihan merokok dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan dewasa sebelum ini. Walaupun didedahkan dengan pelbagai penyakit yang berisiko, golongan ini seperti tidak peduli sehinggalah terkena pada batang hidung sendiri.

Oleh itu, cadangan Jika cadangan Generational End Game ini amat signifikan dalam menyelamatkan anak muda Malaysia dari terjebak dalam aktiviti merokok atau vape. Lagipun, bukankah industri vape dan tembakau sememangnya bertujuan untuk membantu orang ramai berhenti ketagihan nikotin dan tidak dijual kepada individu bawah umur?

Jika usaha ini berjaya untuk dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang Generation End Game. MBM sebagai pertubuhan belia utama negara sedia menggerakkan skuad sukarelawan MBM yang bertapak di seluruh negara untuk memastikan usaha ini dapat digerakkan Bersama KKM. Malah, MBM dengan kerjasama badan gabungan telah pun menggerakkan beberapa kempen #GenerasiEndGame seperti Pertandingan Video Gegar Belia dan Pertandingan Penulisan Puisi Gegar Belia yang memfokuskan kepada belia di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »