MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sokong Akta haramkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada generasi muda

KUALA LUMPUR 25 Julai – Sebagai rakan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen “Generational End Game” (GEG), Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang selaku panelis dalam rancangan ‘Consider This’ di saluran Astro AWANI.

Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin bergandingan bersama Profesor Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, bekas Timbalan Pengarah Kesihatan Malaysia bagi mengulas topik ini.

Matlamat GEG ini adalah sebagai usaha untuk mengekang dan mengawal selia isu berkaitan rokok, vape dan alatan merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007.

Minggu depan satu Akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan ini akan dibentangkan oleh YB Menteri Kesihatan di Parlimen.

MBM menyokong penuh Akta dan inisiatif yang akan dibentangkan ini dengan harapan generasi akan datang bebas daripada ancaman kesihatan akibat rokok, vape dan alatan merokok yang lain di samping bebas daripada pencemaran asap rokok yang merbahaya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »