MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM seru ahli politik fokus kepada agenda utama Negara

Oleh:

Muhammad Fadzli Hasan

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

Di kala peningkatan kes Covid-19 semakin membimbangkan, Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku badan utama pertubuhan belia dan mewakili rakyat terbawah menyeru agar semua pemimpin politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang untuk duduk bersama memikirkan dan membincangkan langkah-langkah bagi membendung penularan wabak ini.

Ini berikutan peningkatan Covid-19 dalam negara ketika ini menunjukkan angka yang membimbangkan berbanding gelombang pertama. Seharusnya pada ketika ini, ahli-ahli politik perlu melupakan seketika kepentingan politik masing-masing sebaliknya mengutamakan keselamatan rakyat dan negara dengan memainkan peranan bersama membendung penularan Covid-19.

Rakyat mahukan usaha yang padu dan jitu dari pihak kerajaan bagi memulihkan semula negara pasca Covid-19. Pemulihan semula ekonomi yang terjejas dan bantuan khas kepada rakyat juga adalah merupakan agenda utama. Ramai rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19 terutama golongan belia yang merupakan kelompok majoriti.

MBM sentiasa meraikan cadangan ke arah penambahbaikan dan menyokong sebarang usaha dan langkah dalam usaha menangani penularan Covid-19 selain pemulihan ekonomi.

Selaku badan yang secara kolektifnya non-partisan, MBM akan terus menjalankan peranan menggerakkan ekonomi belia bersama Kementerian Belia dan Sukan selain mencari solusi kepada permasalahan belia dan Negara.

Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan Negara ini.

Bertarikh: 14 Oktober 2020

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »