Majlis Belia Malaysia (MBM) menyertai Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) ke Persidangan Meja Bulat Rajaratnam School of International Studies RSIS-GMMF berkenaan “The Langkawi Declaration on the Global Movement of Moderates” di Copthorne King’s Hotel di Singapura. MBM diwakli saudara Jufitri bin Joha, Naib Presiden MBM. Persidangan membincangkan gerak kerja dan kerjasama antara Singapura-Malaysia bagi mempromosikan agenda kesederhanaan yang telah diterima pakai oleh pemimpin tertinggi ASEAN di Langkawi pada 27 April 2015 yang lepas.
Persidangan pada 29 Julai 2015 ini turut membincangkan cabaran perlaksanaan agenda kesederhanaan di peringkat Asia Tenggara turut dibarisi panelis seperti Dato’ Saifuddin Abdullah (CEO GMMF), Duta Ong Keng Yong (Mantan Setiausaha Agung ASEAN), Profesor Syed Farid Alatas (Pensyarah NUS) dan Ms Amina Rasul Bernado (Presiden Council for Islam and Democracy).
Di kesempatan tersebut saudara Jufitri Joha turut bersama-sama Dato’ Saifuddin membuat kunjung hormat ke Pejabat Serantau United Nations Development Program (UNDP) Singapura bagi membina jaringan kerjasama.