Dalam Talian | 29 Julai – Mesyuarat Kerjasama Cawangan Komunikasi Bagi OKU (CKOM),Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) & Badan Kebajikan OKU.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdra. Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU). Sesi ini membincangkan kerjasama dan gerakan bersama daripada kepelbagaian badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menggerakkan inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Cawangan Komunikasi bagi OKU, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Sesi mesyuarat membincangkan kerjasama pelbagai pihak dan organisasi dalam pengisian progran semasa untuk pemerkasaan dan pengupayaan OKU serta respon dari rakan-rakan NGO terhadap isu-isu semasa bagi Orang Kurang Upaya.

