MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM SERTAI LAWATAN KERJA DELEGASI NGO BERSAMA CEO DAN PENGURUSAN KANAN TV ALHIJRAH

KUALA LUMPUR 31 Oktober – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut menyertai delegasi NGO membuat lawatan kerja dan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan kanan Tv Alhijrah.

Pengurusan kanan tv telah berkongsi ‘content strategy’ dengan delegasi khususnya strategi menarik penonton dewasa, wanita dan anak muda. Dalam satu kajian yang dibentangkan oleh pihak stesen tv tentang senarai rancangan Alhijrah paling disukai oleh belia antara umur 15 – 25 tahun didapati 5 yang paling utama ialah berita; hiburan dan anugerah; drama; majalah dan sukan.

Pergerakan belia wajar mempelajari dan mempunyai strategi khas media bagi menilai keberkesanan penampilan dan menarik anak muda menyertai pergerakan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »