Dalam Talian | 4 Mac – Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengikuti kursus intensif 21 minggu Mentor Training Programme (MTP) Knowledge for Change (K4C) yang dikendalikan oleh University of Victoria (UVIC) – UNESCO.
Ini membolehkan beliau menjadi mentor kepada projek pembangunan komuniti sekaligus meluaskan jaringan antarabangsa MBM.
Projek lapangan dijangka diadakan bersama MBM berkaitan projek kepimpinan belia dan komuniti.
MBM dijangka menandatangani MoU kerjasama bersama Unesco Chair, UVIC dan Mizan K4C USIM Malaysia.
