MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sertai kunjung hormat YediHilal kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR 28 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menyertai sesi kunjungan hormat YediHilal sebuah NGO Pembangunan Belia Turkiye kepada Timbalan Menteri KBSMalaysia, YB Adam Adli Abd Halim bertempat di Bangunan Parlimen di sini.

Pelbagai isu dibincangkan antaranya mengenai ruang kerjasama melibatkan belia Turkiye-Malaysia, isu-isu belia semasa dan sejagat.

MBM diwakili presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Turut hadir Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Sdr. Muhamad Aliemran Norasid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »