MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Sertai Bengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021

Putrajaya | 8 MAC- PutrajayaBengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021 berlangsung bertempat di Hotel The Everly, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk penambahbaikan pengukuran domain dan indikator Indeks Belia Malaysia (IBM) 2021 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Bengkel ini melibatkan wakil daripada Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES KBS.

Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku pemegang taruh IBM, diwakili oleh Dr. Syafiqah Rahim, Penyelidik dan Sdr. Sivanesan Tamil Selvam, Felo Penyelidik MBM ke bengkel tersebut.

Banyak input-input rasional dalam merangka hasil intelektual dan kebolehberkesanan melibatkan golongan belia di negara ini dibahaskan.Antaranya ialah kadar pengangguran belia, pendidikan, penglibatan belia dalam persatuan dan sukan. Hasil perbincangan bengkel ini kan dibentangkan untuk diterapkan dalam RMK 12.

Mungkin imej 1 orang dan berdiri
Mungkin imej satu orang atau lebih, orang berdiri dan orang duduk
Mungkin imej 1 orang dan berdiri

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »