Putrajaya | 27 November 2020 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyerahkan surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan gesaan MBM supaya dikenakan tindakan penguatkuasaan kepada syarikat perniagaan dalam talian yang terlibat.
Serahan tersebut telah diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM. Turut bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Penyerahan tersebut telah disampaikan kepada wakil agensi berkenaan Encik Yunus Tasnim, Ketua Unit Komunikasi Koprat KPDNHEP, Encik Za’aba Haji Abu Bakar, Pegawai Penghubungan Awam KKM dan YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi SKMM.
MBM mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan berkenaan atas kesudian menerima kunjungan penyerahan surat daripada MBM.








