MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM serah sumbangan awal keperluan bencana kepada mangsa banjir di PPS Kg Gemereh, Segamat

SEGAMAT 3 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan bantuan awal keperluan bencana berupa 36 karton air botol minuman di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Balai Raya Kampung Gemereh, Segamat.

Pusat ini menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kg Gemereh dan sekitarnya.

Hadir menyampaikan bantuan ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Mobilasi ini dibantu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah Malaysia (KRAM).

MBM dan gabungannya akan menggerakkan beberapa bantuan susulan selepas ini.

Semoga keadaan segera pulih dan mangsa-mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »