SEGAMAT 7 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah membuat penyerahan bantuan banjir #ProjectUnderWare yang meliputi pakaian dalam untuk wanita, remaja lelaki dan perempuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Segamat.
Bantuan diserahkan kepada Sdr. Faiz Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat di Hub Belia Segamat. MBD Segamat dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) aktif menyelaras misi bantuan banjir bersama Kerajaan Negeri Johor.
Air bah masih belum surut dan misi pasca banjir secara besar-besaran akan bermula seminggu dua lagi.
Hadir sama menyaksikan penyerahan ini Presiden MBNJ, Haji Saleheen Mohamad.