KELANTAN 28 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar sebanyak 350 kit pakaian dalam #projectunderwear ke Gua Musang dan Kuala Krai sebagai langkah persediaan awal menghadapi banjir.
Penyerahan telah dibuat oleh wakil MBM kepada wakil Majlis Belia Jajahan (MBJ) Gua Musang dan MBJ Kuala Krai.
MBM juga turut menyerahkan kit tersebut kepada YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM merangkap ADUN Galas.
Dengan bantuan seramai 20 orang sukarelawan, 500 kit #projectunderwear telah berjaya disiapkan dan dihantar ke Kelantan pada hari yang sama.