SLIM 16 Nov – Sempena Jelajah Jom Turun Undi, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kg Sg. Jentong, Slim River dalam program Jom Cipta Kerjaya Memperkasa Wanita Muda.
Program yang menerima sambutan hangat dari penduduk ini diisi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan bengkel kecantikan di bawah kelolaan team All About Girls.
Untuk rekod, ini kali kedua MBM turun di sini bertujuan memberikan keyakinan khususnya kepada wanita dan kanak-kanak Orang Asli. Mereka menyambut baik program ini dan mencadangkan kelas masakan, dandanan dan pastri dalam program akan datang.
Program ini turut dihadiri Mantan Timbalan Presiden MBM, Mohd Zaidi Aziz yang juga calon PRU15 DUN 58 Slim.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia, Sdr. Clive Allen dan Tok Batin Kg. Sg. Jentong, Encik Isi.