PASIR MAS 18 Julai – Sementara berada di Kelantan, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun berkesempatan menyantuni anak-anak muda Kampung Baru dan Kampung Bujuk di To’ Uban, Pasir Mas.
Beliau turut berkongsi nasihat dan tata cara berhubung hasrat anak muda dari kedua-dua kampung ini bagi menubuhkan Kelab Belia.
Turut sama Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Majlis Belia Negeri Kelantan.