Kelantan | 4 Disember – Usai tiba di Kelantan, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sukarelawan Belia Malaysia (MYVOC) meneruskan perjalanan ke empat daerah berasingan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat bagi menyerahkan kit #projectunderwear dan air minuman.
Penyerahan tersebut telah disampaikan ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir , Majlis Belia Jajahan (MBJ) Kuala Krai , MBJ Pasir Mas, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Kuala Pertang, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Empat, Tumpat.
Hadir menyerahkan sumbangan tersebut, Sdr. Mohd Izham Ahmad ; Bendahari Kehormat MBM.
Turut serta , Sdr. Mohd Syahiran; Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK).
#projectunderwear ini memberi fokus kepada sumbangan berupa pakaian dalam dan tuala wanita, seluar dalam lelaki dan set ubat gigi serta air minumanh.
Menurut laporan semasa, banjir di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 43,745 orang berbanding 57,005 pada Rabu.
Terima kasih kepada para penyumbang, belia dan beliawanis yang terlibat dalam membantu #projectunderwear ini