Putrajaya | 11 Februari 2021 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan sumbangan untuk Tabung COVID-19 berjumlah RM126,776.00 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertempat di Bangunan NADMA, Putrajaya.
Cek sumbangan telah disampaikan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM kepada Datuk Dr Aminuddin Hassim, Ketua Pengarah NADMA. Turut sama, Tuan Mohamad Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan RM1 daripada setiap pembelian semasa MyYouthFair 2020 yang telah dijalankan pada 15-17 Mei 2020 yang lalu melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan 11 platform jualan atas talian.