Paroi, 18 Disember 2010 – Walaupun Perayaan Deepavali telahpun berlalu, tetapi semangat Deepavali masih lagi dapat dirasakan di Majlis Rumah Terbuka Deepavali MBM yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi. Majlis yang bermula seeawal jam 6 petang ini menghidangkan juadah-juadah masakan kaum India yang amat sedap dan digemari oleh seluruh rakyat Malaysia seperti capati, etli, putu mayam, muruku serta nasi berlaukkan kari kambing, ayam dan dalca. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Presiden MBM bersama Presiden MBN Negeri Sembilan dan Presiden KBBT. Majlis ini diserikan dengan persembahan kebudayaan 1 Malaysia oleh pasukan kebudayaan MBN N9 yang telah menyertai PSKBM 2010 yang lalu.