MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sambut baik penubuhan JK khas tangani isu pengangguran

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik penubuhan JK khas menangani isu pengangguran yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Tun Dr. Mahathir selaras dengan komitmen Tun M sebagai Pengerusi JK Kabinet Pembangunan Belia.

Sepatutnya JK ini ditubuhkan lebih awal kerana ini adalah keutamaan Kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menangani pengangguran dan pembuangan pekerja sementelah isu ini juga merupakan isu utama dan mendesak bagi para belia di Malaysia.

Isu ini sentiasa menjadi keresahan dan kebimbangan belia dan rakyat di mana mereka meletakkan harapan besar pada Kerajaan baharu untuk fokus menangani isu ini sebagai salah satu isu keutamaan.

Walaupun terlewat namun MBM menyambut usaha baik ini dengan beberapa cadangan:

1.) JK harus juga dianggotai bukan sahaja pihak korporat tetapi ahli akademik dan Ngo yang berkaitan dan pakar dalam bidang ini;

2.) Berusaha mencari formula untuk mencipta 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minima RM 1500 sebagaimana yang dijanjikan di dalam menifesto;

3.) Menangani gaji tidak setimpal kepada graduan diploma dan ijazah;

4.) JK Khas ini membuat sesi konsultasi dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya kelompok belia bagi mendapatkan input input direct dari akar umbi.

MBM bersedia memberikan input kepada JK khas ini bagi membantu isu ditangani sebaiknya.

JUFITRI BIN JOHA
Presiden MBM

Tarikh : 22 April 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »