MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM rai anak yatim dengan persiapan Aidilfitri

Cheras, 12 September 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan dalam program Jelajah Immarah Ramadhan 2014  telah meraikan 55 orang anak-anak yatim dari sekitar Kuala Lumpur dengan membantu mereka dalam persiapan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Kesemua anak-anak ini diraikan di pusat membeli belah AEON Jaya Jusco Cheras Selatan yang juga mendapat sokongan penuh dari AEON dengan membantu menyediakan kaunter khas dan memberikan potongan harga istimewa kepada anak-anak ini.

Anak-anak ini bukan sahaja disambut oleh barisan Exco MBM, malah turut diraikan oleh beberapa Ahli Dewan Tertinggi MBM. Setiap anak-anak ini diberikan kebebasan untuk memilih pakaian raya mengikut keperluan mereka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »