MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-PKPIM bawa pimpinan mahasiswa ke Parlimen dalami sistem parlimen dan demokrasi

KUALA LUMPUR 6 Mac – Seramai 50 orang pemimpin mahasiswa dari universiti seluruh negara telah dibawa melawat ke Bangunan Parlimen di sini.

Program ini diselaraskan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perundangan, Advokasi dan Hal Ehwal Parlimen.

Antara pengisian program adalah sesi pertemuan dan soal jawab bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub; pertemuan bersama Ahli Parlimen Muda Kerajaan Perpaduan, YB Taufik Johari dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim.

Delegasi juga dibawa melihat dan diberi penerangan tentang fungsi dan peranan Dewan Negara.

Hadir sama Dewan Tertinggi MBM, Sdr. Muhammad Nazmi Abd Rahim yang juga Timbalan Presiden PKPIM.

Inisiatif ini sebagai pendedahan dan kefahaman kepada mahasiswa terhadap sistem parlimen dan demokrasi negara kerana golongan ini bakal pemimpin negara satu hari nanti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »