MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM perlu dekati belia peringkat akar umbi – Suhaimi

Kuala Lumpur, 16 Julai 2010 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat YBhg. Dato Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Jalan  Dato Onn, Kuala Lumpur pada jam 9.30pagi. Delegasi MBM ini diketuai oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM bersama lima orang exco dan disambut mesra oleh Dato Suhaimi yang juga merupakan mantan Presiden MBM. Pertemuan selama lebih sejam ini banyak membincangkan tentang program-program yang boleh diadakan bersama antara kementerian dan MBM. Dato Suhaimi juga turut memberi beberapa nasihat serta pandangan yang boleh dimanafaatkan oleh kepimpinan baru MBM. Beliau turut menyarankan agar MBM lebih memfokuskan kepada belia peringkat akar umbi kerana merekalah yang menjadi asas kekuatan pergerakan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »