KUALA LUMPUR 24 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor yang diwakili oleh Encik Nik Adham, Encik Alief Aizuddin dan Cik Izzaty Razali.
MBM pula diwakili oleh Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM merangkap Pengarah Prokens MBM.
Perbincangan meliputi bidang kerjasama yang dapat dijalinkan melalui program ‘My Future Jobs’.