MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM PELAWA BELIA SERTAI DIALOG ‘SARA HIDUP BELIA’ BERSAMA YB MENTERI KPDNHEP

Majlis Belia Malaysia (MBM) mempelawa semua belia Malaysia untuk bersama-sama dalam Sesi Dialog Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan diadakan pada 5 Ogos 2019 (Isnin), jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Aras G, Bangunan KPDNHEP, Putrajaya.

Sesi dialog ini merupakan anjuran bersama MBM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Suruhanjaya Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai platform kepada warga belia dalam menyampaikan hasrat mereka. Di samping itu dialog ini membantu pihak kementerian dalam mendapatkan input dan nilai tambah yang lebih jelas berkaitan kos sara hidup negara di kalangan belia Malaysia yang menjurus kepasa enam kluster utama iaitu pendidikan, perumahan, kesihatan, utiliti, pengangkutan dan makanan. 

Platform ini juga adalah sebagai medium pengantara rakyat terutama golongan belia menyampaikan hasrat mereka secara terus kepada YB. Menteri KPDNHEP melalui isu yang dibincangkan.

MBM membuka peluang ini kepada semua belia di Malaysia dan sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam sesi dialog ini boleh hubungi Sekretariat MBM di talian 013-3985857 (Encik Saiful) untuk maklumat lanjut. 

JUFITRI JOHA

Presiden Majlis Belia Malaysia & 

Ahli Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)

Bertarikh : 29 Julai 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »