MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM mudahcara tubuh persatuan belia sokongan kepada bekas pelajar Hunrey Gurney

DALAM TALIAN 12 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah memudahcara perbincangan bersama kumpulan Belia Bestari bagi menubuhkan persatuan belia dengan fokus memberikan sistem sokongan kepada bekas pelajar-pelajar Hunrey Gurney dan banduan muda untuk berintegrasi ke dalam masyarakat.

Selain itu, inisiatif ini juga mengasah bakat kepimpinan dan memberikan ruang mereka berbakti kepada masyarakat dan negara.

Wakil Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Encik Shamsul Musa hadir sama memberikan taklimat kaedah penubuhan persatuan belia. Terima kasih ROY atas sokongan berterusan kepada usaha MBM.

Turut sama dalam sesi ini Sdr. Ong Kooi Jin, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »