IPOH 18 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersarapan pagi dan beramah mesra dengan persatuan Pemuda Negara Negeri Perak.
Ia merupakan tradisi MBM merapati pelbagai kelompok anak muda. Pertemuan ini merupakan siri rangka lawatan MBM menyantuni majlis belia negeri peringkat utara.
Rombongan MBM diketuai Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Rosidi Hassan, Naib Presiden MBM Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.