MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM raikan rakan pimpinan belia India sempena Deepavali

KUALA LUMPUR 9 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghoskan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan rakan pimpinan belia India sempena Hari Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Majlis yang berlangsung di sebuah restoran di Kuala Lumpur ini dihadiri pimpinan Badan Gabungan MBM seperti Presiden Malaysian Hindu Youth Council, Sdr. Ananthan Subramaniam; Naib Presiden MIYC Kebangsaan – மலேசிய இந்தியர் இளைஞர் மன்றம் Sdr. Janagken dan Ahli Dewan Tertinggi MBM dari Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, Sdr. Prathap.

Titipan daripada Presiden kepada wakil-wakil yang hadir ialah untuk terus kekal menabur bakti kepada komuniti masing-masing dan dalam masa yang sama kekalkan silaturahim yang terbina.

Selamat Menyambut Pesta Cahaya Deepavali bagi yang meraikannya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »