MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Menyokong Ketegasan PM Dalam Kenyataan Di PBB

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh kenyataaan negara yang disampaikan oleh YAB
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob didalam Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), di New York.


Kenyataan YAB Perdana Menteri kepada sokongan tidak berbelah bahagi kepada Palestin dan
menggelar Israel sebagai sebuah negara Aparteid adalah antara kenyataan yang berani, tegas,
dan berprinsip yang pernah dikeluarkan oleh Malaysia.


MBM juga menyokong penuh kritikan YAB Perdana Menteri kepada kebisuan masyarakat global
didalam isu Myanmar, yang juga telah memberikan kesan kepada negara jiran khususnya dengan
kehadiran pelarian Rohingya yang telah mencecah 200,000 di Malaysia.


MBM mendesak ASEAN dan negara ahli ASEAN untuk mengambil langkah lebih tegas terhadap
kerajaan junta Myanmar atas pencabulan hak asasi dan menafikan hak demokrasi rakyat
Myanmar. Polisi tidak campur tangan yang diamalkan ASEAN tidak sepatutnya dijadikan alasan
kepada segala pencabulan yang sedang berlaku di Myanmar.


Kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan undi Veto yang diamalkan Majlis Keselamatan PBB
bukan sahaja mewakili Malaysia, malah aspirasi majoriti ahli negara PBB. Malaysia boleh dan
seharusnya terus menjadi juara untuk reformasi institusi PBB dapat dilaksanakan.


Konsep Keluarga Dunia yang ditawarkan oleh YAB Perdana Menteri kepada dunia juga inisiatif
yang seharusnya disokong dan diperkembangkan. MBM mencadangkan idea Keluarga Dunia ini
diinstitusikan sepertimana yang pernah dilaksanakan dengan kewujudan Pergerakan
Kesederhanaan Global.


Kenyataan tegas dan berprinsip yang dibawakan oleh YAB Perdana Menteri diharapkan akan
terus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati diperingkat global serta
serantau.


Belia Malaysia bersama Negara!


Mohd Izzat Afifi Bin Haji Abdul Hamid
Presiden Majlis Belia Malysia


Tarikh : 24 September 2022

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »