Johor | 11 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan sumbangan daripada MBSB Bank dalam Misi Belia Prihatin: Back2School Mangsa Banjir. Sumbangan berbentuk baucer Pusat Pakaian Hari-Hari. Majlis tersebut diadakan di Pejabat Majlis Belia Daerah Kota Tinggi.
Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM. Turut bersama Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Haji Md Salleheen Mohamad, Presiden MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR (MBNJ) serta barisan pimpinan MBNJ dan MBD Kota Tinggi. Hadir sama Encik Ruhisyam Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi.
Sumbangan ini diberikan khas kepada murid-murid yang terlibat banjir tempoh hari bagi meringankan beban keluarga menyediakan kelengkapan persekolahan.