Kuala Lumpur | 20 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada St John Ambulans yang merupakan badan gabungan MBM. Kunjungan diketuai oleh Sdr. Kevin Peter Ryan, Pegawai Turus Kebangsaan St John Ambulans.
Kunjungan telah disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM bersama Sekretariat MBM.
Kunjungan membincangkan mengenai program kerjasama untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai manfaat menderma darah dan sebagainya. Selain itu, MBM juga telah menerima sumbangan 40 peti kecemasan untuk diagihkan kepada badan gabung MBM.
MBM mengucapkankan terima kasih kepada pihak St. John Ambulance of Malaysia atas kunjungan dan sumbangan.







