Kuala Lumpur 14 Julai – Majlis Belia Malaysia menerima kunjungan dari Junior Chamber International (JCI) seramai 7 orang. Kunjungan ini disambut oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Sdr. Choo Chung Tiong dan Exco MBM Sdr. Thai Ming Yeow, Sdr. Mohd Izzat Afifi. Sesi kunjungan ini adalah membincangkan bentuk program yang boleh diadakan bersama dan sesi penerangan tentang program JCI.