MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM MENERIMA KUNJUNG HORMAT SENATE 18

KUALA LUMPUR 26 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada pihak Senate18 bertempat di Wisma MBM. Rombongan telah disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Atiqah Syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai partisipasi anak muda dalam system demokrasi di Malaysia.

Walaupun terdapat perbezaan, namun kedua-dua pihak bersetuju supaya perwakilan dan partisipasi belia di Parlimen dipertingkatkan. Perbezaan haruslah diuruskan sebaiknya dengan meletakkan prinsip dan asas kenegaraan seperti Perlembagaan, Rukun Negara dan dasar-dasar negara sebagai faktor penyatuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »