MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM menerima kunjung hormat daripada Rakan Siswa YADIM

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Encik Mohammad Mirzan Abdul Majid, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda Sektor Latihan dan Perkaderan (YADIM).

Kunjungan hormat ini disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik MBM.

Antara perkara yang dikongsikan dalam kunjung hormat tersebut adalah mengenai latar belakang, aktiviti yang dilaksanakan dan ruang yang boleh dimanfaat bersama oleh Rakan Siswa YADIM. Selain itu, pelbagai perkara mengenai program juga dikongsikan oleh Rakan Siswa YADIM kepada MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »